14.2.11

Alam Semesta Turut Menyambut Kelahiran Rasulullah


Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiul awwal, Tahun Gajah di Mekah al- Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahwa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam.
Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam. Baginda mempunyai kelebihan luar biasa , bukan saja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan.
Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas . Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi. Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di balik kelahiran baginda. Ini karena masih banyak lagi rahasia yang belum terungkap. Sebenarnya banyak keajaiban yang terjadi sebelum kelahiran Nabi Muhammad s. a . w.
Pertama , semasa Rasulullah s. a . w. berada di dalam kandungan bundanya , Sayyidah Aminah , beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu -ibu yang hamil . Kehamilannya disadari melalui berita dari malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu bagi seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
Kedua , ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Sayyidah Aminah , Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi . Tanah-tanah disekitar kawasan tersebut yang sebelumnya kering menjadi subur, pohon-pohon menjadi rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan -hewan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Ketiga , peperangan tentara bergajah yang disebut di dalam al -Quran surah al-Fil , yang datang menyerang kota Mekah , mereka di komando oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Ketika mereka hampir sampai ke tempat tersebut , gajah-gajah itu berhenti dan mundur dengan izin Allah. dan sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al -Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab- kitab sejarah.
Keempat , Sayyidah Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadahkan tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia bagaikan kapas putih yang terapung di angkasa . Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya . Ia berkata “Khabar bahagia untuk anda , wahai ibu dari seorang nabi . Putera anda itu menjadi pembawa risalah bagi sekalian manusia. Namakan dia Ahmad.
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ,sayyidah Aminah ditemani sayyidah Hawa' (istri nabi Adam as), sayyidah Sarah (istri nabi Ibrahim as),sayyidah Asiyah (ibunda nabi Musa as) dan sayyidah Maryam (ibunda nabi Isa as) yang ke-empatnya langsung diutus oleh Allah untuk menemani beliau.
Hal ini tentu merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi derajatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini juga diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahwasannya akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
Semasa baginda dilahirkan, bundanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda nabi. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria . Ia dapat dilihat seolah-olah seperti anak panah dan bagaikan pelangi sehingga dari kota -kota nan jauh tersebut dapat dilihatnya . Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber -sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah ketika baginda dilahirkan.
Sayyidah Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
Kemudian bundanya melihat awan turun menyelimuti dirinya dan beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala kemusyrikan”. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah.
Sebagian riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Di kisahkan juga pada malam kelahiran baginda, berhala - berhala yang terdapat di sekitar ka'bah mengalami kerusakan dan berantakan. Menurut riwayat dari Abdul Mutalib,
“ Ketika aku sedang berada di Ka'bah, tiba - tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata , “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan kekufuran dan mensucikanku daripada berhala -berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan kepada Yang Maha Mengetahui ”.
Selain itu di tempat yang lain juga mengalami kegoncangan yaitu di kerajaan Kisra dan menyebabkannya retak-retak. Keadaan ini merupakan di antara tanda - tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Juga terjadi pada api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang- orang Majusi yang menganggapnya sebagai tuhan . Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama , pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir , pergerakan bintang menjadi semakin cepat sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat .

Berdasarkan peristiwa tersebut, jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s . a .w . mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini karana baginda adalah khatamun nubuwwah , penutup segala nabi . Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekaligus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat , Zabur dan Injil yang nyata-nyata mengabarkan bahwa baginda diutus sebagai rasul yang terakhir.
Sumber

0 komentar:

Posting Komentar

Get this blog as a slideshow!